ARTIKEL

Warga emas maut van bertembung lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas van dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan Gas Petroleum Cecair (LPG) di Kilometer 68, Jalan Kuching-Sri Aman (simpang Gedong), pagi hari ini.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian dilaporkan sekitar jam 8.15 pagi itu, mangsa, 71, yang merupakan seorang peniaga dari Kampung Gunung Ngeli, Simunjan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada van yang dipandu mangsa keluar simpang terus bertembung dengan lori terbabit yang berada di laluan utama untuk menghala ke Sibu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu lori terbabit, seorang lelaki berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Alexson, kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan permukaan jalan licin.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu van.

BERITA LAIN

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU