ARTIKEL

Warga emas maut van dipandu langgar lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang warga emas maut selepas van yang dipandunya melanggar lori yang berhenti di bahu jalan berhampiran Kampung Rapak Atas di KM-45 Jalan Sri Aman-Serian, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan van Nissan dan lori yang membawa muatan tanah sekitar 1.56 tengah hari tadi.

“Pasukan Charlie Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang digegaskan ke lokasi bertindak mengeluarkan pemandu van, Tan Kok Sun yang tersepit di tempat duduk.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, warga emas berusia 72 tahun itu disahkan meninggal oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya.

Sejurus itu, mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca sebenar insiden masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai PBK II Mosihi Buang tamat sekitar 3.10 petang tadi.

PETUGAS perubatan membuat pemeriksaan ke atas mangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU