ROBAN: Seorang lelaki warga emas dari Rumah Panjang Inggam dekat Sungai Nyiar dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Isnin.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Lakui Mapan, 78 tahun, merupakan penghidap demensia.
“Maklumat awal yang diterima mengatakan mangsa keluar rumah sekitar 11.30 pagi Isnin.
“Bimbang tentang keselamatannya, ahli keluarga dibantu penduduk melakukan pencarian, namun hingga kini masih buntu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PBK I Kho Boo Jang, hari ini memfokuskan kawasan dalam radius satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu jalan utama ke rumah panjang.
Lakui semasa keluar rumah memakai baju berwarna merah dan seluar pendek biru.




