BAU: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal, lori membawa muatan tanah dan kereta Jalan Kuching-Bau, Kampung Kranji di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 8.02 pagi tadi dan setiba di tempat kejadian mendapati mangsa, 73, yang merupakan penunggang motosikal terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Bau.
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Manakala, beliau berkata lelaki yang memandu lori dan wanita yang memandu Perodua Viva terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.



