ARTIKEL

BANTU…Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan.

Warga Emas Pengsan, Kereta Terbabas Masuk Parit di Jalan Bukit Kelawar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Seorang lelaki warga emas dilaporkan tidak sedarkan diri manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan selepas sebuah kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Kelawar, dekat sini, petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 17.37 dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas tiba di lokasi kejadian pada jam 5.56 petang, kira-kira 18 kilometer dari balai.

“Komander operasi, PBK II Syahnizam, memaklumkan bahawa mangsa lelaki berusia 63 tahun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan telah diberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh pasukan bomba dengan kerjasama pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PGO, dua mangsa lain iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa hanya mengalami kecederaan ringan dan kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

Katanya, operasi tersebut melibatkan sembilan anggota bomba dengan sebuah jentera.

“Polis dan ambulans KKM turut berada di lokasi bagi membantu operasi,” jelasnya.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi