ARTIKEL

Gambar Hiasan

Warga emas rugi lebih RM9 juta akibat pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga emas lesap lebih RM9 juta akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan saham dan IPO tidak wujud (TBGIA).

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata sekitar Januari lalu di Jalan Pending, mangsa berusia 79 tahun telah ditawarkan oleh suspek satu pelaburan saham dan IPO yang dikenali sebagai TBGIA dengan menjanjikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda.

“Mangsa yang percaya dan yakin terhadap pelaburan tersebut telah membuat pemindahan wang sebanyak 27 transaksi ke dalam sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM9,082,000 dan hanya menerima pulangan RM1,000,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang pelaburan beserta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi TBGIA.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, serta dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU