ARTIKEL

Anggota bomba memberi rawatan pertolongan cemas sebelum merujuk mangsa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Warga Indonesia melecur akibat silinder gas LPG meletup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun melecur selepas silinder gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumah sewanya di Taman Kemena Sutera di sini, pagi tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, bayi mangsa berusia sembilan bulan yang turut cedera dalam kejadian itu dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Wan Kamaruddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.01 pagi lalu mengerahkan anggota bomba dari Balai Bomba Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, mereka mendapati terdapat letupan silinder gas dan pintu rumah telah dibuka oleh orang awam.

“Pihak bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan di dalam dan sekitar rumah bagi memastikan tiada kebocoran gas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota bomba memeriksa keadaan sekitar rumah sewa mangsa.

Beliau berkata, mangsa diberi pertolongan cemas sebelum dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 10.28 pagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU