ARTIKEL

Warga Korea patah kaki terjatuh ke dalam parit di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING, 3 Julai: Seorang lelaki warganegara Korea cedera selepas terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira lapan kaki berhadapan pintu masuk sebuah kondominium, di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Daniel Teo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati mangsa seorang lelaki warga Korea berusia lingkungan 50-an terjatuh ke dalam parit sedalam lebih kurang lapan kaki dari paras jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan dipercayai patah pada buku lali kaki kiri dan berdiri dalam keadaan menahan kesakitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penilaian awal (size-up) mendapati kawasan kejadian selamat untuk operasi penyelamatan dijalankan.

“Anggota menggunakan tangga bomba bagi membawa mangsa naik ke atas. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan di lokasi selamat. – TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU