ARTIKEL

Warga Kuching cemas bangunan dekat HUS terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warga penduduk menghadapi detik cemas setelah sebuah bangunan berdekatan Hospital Umum Sarawak(HUS) terbakar, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7 malam.

Susulan daripada itu, anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Padungan telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan suiz utama di bahagian dapur tingkat satu bangunan,” jelasnya kenyataan dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kejadian bagaimanapun hanya membabitkan kebakaran kecil dan berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 7.38 malam.

Laporan turut mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku melibatkan kebakaran di lokasi.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU