ARTIKEL

Anggota polis menjalankan siasatan ekoran penculikan Elliot Onil Eastman, 26, dari AS di sebuah perkampungan pesisir pantai di Zamboanga del Norte, selatan Filipina, pada Khamis lepas. - Foto: AP

Warga negara AS dilaporkan diculik di selatan Filipina, operasi menyelamat dilancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ZAMBOANGA CITY, Filipina: Pihak berkuasa telah melancarkan operasi pemburuan besar-besaran untuk menyelamatkan seorang warga negara Amerika Syarikat (AS).

Mangsa itu telah ditembak dan diculik pada Khamis malam di sebuah perkampungan pesisir pantai di Zamboanga del Norte, selatan Filipina, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Pejabat Polis Wilayah-Zamboanga Peninsula (PRO-9) mengenal pasti mangsa sebagai Elliot Onil Eastman, 26.

Dia dibawa empat lelaki bersenjata kira-kira 11 malam di Sitio Tungawan, Barangay Poblacion, Sibuco.

Laporan awal menunjukkan penjenayah yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang memasuki kediaman Eastman secara paksa.

Eastman, yang tinggal di Barangay Poblacion selama lima bulan selepas berkahwin dengan penduduk tempatan, cuba melawan dan ditembak di kaki sebelum dibawa menaiki bot, menurut laporan polis.

“Kami telah mengaktifkan semua sumber yang ada untuk menangani situasi ini,” kata pengarah PRO-9, Brigadier Jeneral Bowenn Joey Masauding, dalam sidang media semalam.

Beliau berkata Unit Anti-Penculikan-9, PRO-9 dan Polis Zamboanga del Norte terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Masauding berkata polis tempatan, Marin, dan ‘Provincial Mobile Force Company’ sedang melakukan operasi mengejar dengan kerjasama penuh Angkatan Bersenjata Filipina (AFP).

Masauding merayu kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu dalam menyelamatkan Eastman.

Beliau memberi jaminan bahawa semua maklumat akan dirahsiakan.

Kedutaan AS di Manila mengambil maklum penculikan itu dan sedang “menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan”.

“Kami secara amnya tidak mengulas tentang laporan potensi penculikan ketika siasatan sedang dijalankan.

“Jabatan Negara tidak mempunyai keutamaan yang lebih besar daripada kebajikan dan keselamatan warga negara AS di luar negara,” menurut Timbalan Atase Akhbar Kedutaan, Glenda Wallace, dalam satu kenyataan.

Sementara itu, AFP berkata pihaknya bersedia membantu agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini. – BERNAMA-PNA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan