ARTIKEL

Kemboja Catat Peningkatan Tangkapan, Rampasan Dadah Dalam 7 Bulan Pertama 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH : Pihak berkuasa Kemboja menahan 16,498 individu atas kesalahan berkaitan dadah dalam tempoh tujuh bulan pertama 2026, meningkat 10 peratus berbanding 14,977 tangkapan yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas, menurut laporan Jabatan Antidadah (ADP) yang dikeluarkan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Daripada jumlah itu, 889 suspek ialah warga asing daripada 21 negara, termasuk 108 wanita.

“Pihak berkuasa merampas 2.51 tan dadah terlarang dan 105 kilogram ganja kering dari Januari hingga Julai 2026,” menurut laporan itu.

Jumlah rampasan itu meningkat dengan ketara berbanding 1.91 tan dadah yang dirampas dalam tempoh sama tahun lepas.

Dadah yang dirampas kebanyakannya terdiri daripada ketamin, ekstasi, heroin, metamfetamin kristal, pil metamfetamin, kokain dan katinon.

Menurut laporan itu, operasi penguatkuasaan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini turut membawa kepada rampasan 54 pistol, 18 raifal, 119 kereta, 1,580 motosikal, 7,220 telefon, 665 alat penimbang serta sejumlah wang tunai.

Negara Asia Tenggara itu tidak mengenakan hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah. Bagaimanapun, mengikut undang-undang negara itu, individu yang disabitkan kesalahan mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup– BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek Ngaga SMK Balingian meseti dirumban

KUCHING: Projek ngaga Sekula Sekondari (SMK) Balingian ti dikategori projek tejanggal enda tau enda diberi perati sereta dirumban dikena nentuka perengkaguna pelajar ulih tembu menyana.