ARTIKEL

Warga SK Nanga Gerenjang terima sumbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Sesi persekolahan ditunda, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gerenjang dekat sini diarah menjalani kuarantin selama 14 hari sejak 1 Mac lalu.

Kenyataan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Saratok memaklumkan, ia berikutan satu kes positif dilaporkan dari sekolah berkenaan.

Justeru itu katanya, sekolah diarah ditutup sementara.

“Semua guru serta kakitangan telah diletakkan di bawah pengawasan kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 1 Mac, sekali gus memaksa penundaan sesi persekolahan,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyalurkan sumbangan berupa barang keperluan asas telah diagihkan kepada warga sekolah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU