ARTIKEL

Mayat mangsa ketika ditemui di lokasi tersebut pada 24 Mac lalu.

Waris lelaki ditemui mati di Wharf Pasar Baru diminta hubungi Polis Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit memohon waris seorang lelaki yang ditemui mati pada 24 Mac lalu untuk menghubungi Balai Polis Kapit dengan kadar segera.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu dalam satu kenyataan hari ini berkata, mayat mangsa tanpa identiti ditemui di Wharf Pasar Baru (Pasar Malam) di sini lebih kurang jam 6.35 pagi.

Menurutnya, pihak polis Kapit telah menerima satu panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedar tanpa dokumen pengenalan diri di lokasi tersebut.

“Mangsa tersebut dikenali dengan nama panggilan Awi (secara lisan) dan telah disahkan meninggal dunia.

“Satu kertas siasatan Laporan Mati Mengejut telah dibuka dalam kes ini,” tegas Rohana.

Beliau juga berkata mayat mangsa masih berada di Bilik Mayat Hospital Kapit.

Justeru, Rohana memohon sesiapa yang mengenali si mati, terutamanya keluarga terdekat dan saudara mara atau sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, untuk menghubungi Sub Inspektor Steward Albert di talian 013-7595095 atau mengunjungi Balai Polis Kapit bagi sebarang pertanyaan lanjut dalam tempoh seminggu daripada tarikh siaran media dikeluarkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU