Tirai langit melabuh jua,
segala riuh ditelan kelamnya
bayang-bayang lenyap,
meninggalkan hati yang enggan bersuara.
Angin malam berbisik perlahan,
tubuh longlai dimamah resah,
terkenang semula warkah perpisahan,
segala yang berkecemuk di dada,
terlepas pergi ke pelukan malam.
Ternyata benarlah warkah itu,
jiwa tenang harusnya menang
bebaskanlah,
cukup langit senja menjadi
saksi,
tiada lagi jiwa
terkurung sepi.
MAISARAH IWANA
23/9/2026
Universiti Utara Malaysia






