ARTIKEL

Waspada cuaca tidak menentu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEDIAKAN payung sebelum hujan. Itu pepatah tepat bagi menggambarkan kesediaan orang ramai ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini dan faktor musim tengkujuh.

Pada November dan Disember, sememangnya negara tidak boleh lari daripada berdepan dengan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut yang membawa risiko banjir

. Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara pada bulan ini. Risiko banjir menjadi kebimbangan utama.

Oleh itu, persediaan yang baik sangat penting. Orang ramai perlu pantau ramalan cuaca secara berkala.

Maklumat terkini mengenai hujan lebat atau cuaca ekstrem dapat membantu kita membuat persediaan lebih awal. Selain itu, kita juga perlu memastikan longkang dan saliran air bebas daripada tumbuhan atau halangan lain.

Sistem kawalan air yang baik dapat membantu mengurangkan risiko banjir.

Bagi bekalan keperluan asas, orang ramai diingatkan untuk mempunyai bekalan keperluan asas seperti makanan, air bersih, lampu suluh, dan peralatan kecemasan dalam kuantiti mencukupi. Ketika ini cuaca juga tidak menentu.

Kerap hujan dan panas terik. Fenomena ini telah memberi kesan kepada kesihatan masyarakat dengan peningkatan kes keracunan dan demam.

Perubahan cuaca pada hujung tahun bukan sekadar mengundang musibah seperti banjir, malah memberi kesan kepada gejala penyakit antaranya demam, selesema dan batuk.

Kebimbangan timbul apabila ada antara masyarakat yang mengalami demam dan batuk disebabkan pertukaran cuaca, namun mereka membiarkan sahaja simptom berkenaan.

Ketika itu akan berlaku peningkatan penyakit yang membawa gejala demam selesema, batuk dan sakit tekak bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak.

Serangan penyakit ciritbirit dan muntah juga boleh terjadi pada musim tengkujuh disebabkan pelbagai faktor, termasuk bawaan makanan dan air tercemar seperti tifoid dan kolera yang lebih berbahaya.

Pada suhu yang sering hampir ke tahap kemuncak, hujan lebat yang berpanjangan memberi peluang kepada kuman dan bakteria berkembang.

Air bertakung dan persekitaran lembap menjadi tempat berkembang biak kepada nyamuk dan jangkitan berjangkit.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Wan Ming Keong, kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun 2023 berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lepas.

Katanya, corak ini dilihat berada di kemuncak setiap empat atau lima tahun dan dipercayai disebabkan oleh perubahan yang dominan di sesuatu kawasan.

Justeru, pihak berkuasa kesihatan sering mengingatkan masyarakat untuk menjaga kebersihan persekitaran mereka.

Membuang tempat menakungkan air dan memastikan pembuangan sampah yang betul adalah langkah-langkah penting untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, suhu panas yang tinggi turut memberi kesan terhadap kesihatan.

Ramai yang mengalami keletihan, kehausan, dan dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan strok haba.

Orang ramai khususnya yang lebih tua, kanak-kanak, dan individu dengan penyakit kronik disaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Memakai pakaian yang selesa, minum air secukupnya, dan menghindari terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari adalah beberapa cara yang boleh membantu mengurangkan risiko kesan panas yang teruk.

Masyarakat diingatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mencari bantuan perubatan segera jika mengalami simptomsimptom penyakit akibat cuaca yang buruk.

Keprihatinan dan kesedaran bersama adalah kunci untuk melalui musim cuaca yang mencabar ini dengan lebih selamat dan sihat.

Di samping itu, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti riadah dan pendakian di kawasan rekreasi buat sementara sepanjang Monsun Timur laut sebagai langkah keselamatan.

Dalam keadaan monsun itu, ia tidak sesuai dan mendedahkan kepada kejadian tidak diingini iaitu seperti kejadian seperti kepala air yang berlaku di sungai atau air terjun boleh berlaku secara tiba-tiba.

Dengan persediaan yang baik dan kepekaan terhadap amaran, kita dapat mengurangkan impak buruk musim tengkujuh dan meningkatkan keberdayaan komuniti setempat dalam menghadapi risiko banjir.

Kesediaan dan kesedaran masyarakat terhadap cuaca yang tidak menentu ini adalah penting demi keselamatan bersama. Pihak berkuasa tempatan juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan cuaca melalui sumber berita yang sahih dan maklumat rasmi dari pihak berkuasa.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira