ARTIKEL

Waspada dengan tawaran mencurigakan – DSP Mathew

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Tawaran yang terlalu menarik dan mencurigakan boleh menjadi perangkap penipuan dalam talian, justeru masyarakat diingatkan supaya tidak terburu-buru menyerahkan wang atau maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, orang ramai perlu meningkatkan kewaspadaan serta membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mempercayai sebarang tawaran, khususnya yang melibatkan urusan kewangan.

“Masyarakat hendaklah sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran mencurigakan.

“Saya menyeru seluruh masyarakat Saratok supaya terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui penyaluran maklumat tepat dan segera bagi membolehkan tindakan pantas diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan November Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes penipuan yang berlaku perlu dijadikan iktibar kerana taktik sindiket jenayah semakin licik dan pelbagai.

Beliau turut mengingatkan pegawai dan anggota IPD Saratok supaya mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian dalam talian menerusi penguatkuasaan tegas dan menyeluruh.

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan mengesan kegiatan berkenaan, menyalurkan maklumat serta memastikan tindakan diambil mengikut undang-undang.

Beliau turut menegaskan penyalahgunaan dadah perlu ditangani hingga ke akar umbi melalui penguatkuasaan, risikan, pencegahan dan kerjasama masyarakat.

Menyentuh aspek keselamatan jalan raya, Mathew berharap usaha penguatkuasaan dan pendidikan kepada pengguna jalan raya terus dipertingkatkan, khususnya dalam memupuk pematuhan peraturan serta amalan pemanduan berhemah.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna lain.

BERITA LAIN

AI bakal ambil alih pengasingan sampah di Sarawak

KUCHING: Pengasingan sampah secara manual berpotensi digantikan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila Sarawak merancang memperkenalkan sistem automatik bagi mengenal pasti dan mengasingkan sisa mengikut kategori.

Sampah berpotensi jana pendapatan RM2 bilion setahun

KUCHING: Sampah yang selama ini dianggap bahan buangan berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu kepada Sarawak, dengan nilai ekonomi dianggarkan mencecah RM2 bilion setahun menerusi pembangunan

BERITA TERBARU