ARTIKEL

Sampah berpotensi jana pendapatan RM2 bilion setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sampah yang selama ini dianggap bahan buangan berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu kepada Sarawak, dengan nilai ekonomi dianggarkan mencecah RM2 bilion setahun menerusi pembangunan industri Sisa-ke-Tenaga (WTE).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTY), Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, industri berkenaan berpotensi menjana sehingga 1,300 megawatt (MW) tenaga elektrik apabila dibangunkan sepenuhnya.

Menurutnya, proses insinerasi atau pembakaran sampah mampu menghasilkan kira-kira 1.3 gigawatt tenaga, bersamaan separuh kapasiti Empangan Bakun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Ilmu bertajuk “Ekonomi Hijau: Strategi Baharu Memperkasa Ekonomi Koperasi Sarawak” di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hazland berkata, Sarawak mempunyai empat sumber utama biojisim yang boleh dimanfaatkan untuk menyokong pembangunan industri WTE, iaitu sisa industri kelapa sawit, industri perkayuan, aktiviti pertanian serta sampah perbandaran.

Sisa industri kelapa sawit seperti hampas kelapa sawit mempunyai nilai ekonomi dan berpotensi diproses sebagai sumber tenaga alternatif, selain sisa daripada sektor perkayuan dan pertanian.

Dalam pada itu, Sarawak menghasilkan kira-kira 2,000 tan sisa perbandaran setiap hari, dengan Kuching menyumbang sekitar 700 tan sehari.

Sisa berkenaan merangkumi bahan buangan daripada isi rumah, premis perniagaan dan sektor komersial.

Pembangunan industri WTE akan dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada sisa perbandaran sebelum diperluaskan kepada sumber biojisim lain.

Beliau berkata, industri itu turut membuka peluang ekonomi kepada koperasi tempatan, khususnya dalam sektor sokongan seperti pengangkutan dan logistik.

“Koperasi boleh mengambil bahagian dalam rantaian industri ini, termasuk menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah dari pusat pengumpulan ke loji pemprosesan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan sebuah syarikat luar negara melalui agensi kerajaan negeri bagi melaksanakan pembangunan industri berkenaan.

Perancangan awal turut merangkumi pembinaan dua loji insinerator, masing-masing di bahagian utara dan selatan Sarawak, selain beberapa pusat pengumpulan sampah berskala kecil.

Loji di bahagian selatan dirancang dibina di Kuching, manakala lokasi bagi loji di utara masih belum dapat didedahkan.

Pembinaan industri berkenaan dijangka bermula tahun depan dengan tempoh pembangunan dan pembinaan dianggarkan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Pelaksanaan projek itu dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada koperasi tempatan, sekali gus memperkukuh penglibatan mereka dalam pembangunan ekonomi hijau Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BPHB sumbang 1,000 set barangan kebersihan kepada PKB

BINTULU: Penghuni Pusat Koreksional Bintulu (PKB) menerima manfaat menerusi sumbangan 1,000 set barangan kebersihan diri daripada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menerusi program Bintulu Port

Peminta Sarawak, Sabah semampai diperati

KUALA LUMPUR: Sepenyampau RM94.8 juta udah dikemendar ungkup pemansang Parlimen Selangau sepanjai timpuh dua taun nyengkaum sektor besai baka infrastruktur enggau pelajar. Menteri ba Opis