ARTIKEL

BPHB sumbang 1,000 set barangan kebersihan kepada PKB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penghuni Pusat Koreksional Bintulu (PKB) menerima manfaat menerusi sumbangan 1,000 set barangan kebersihan diri daripada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menerusi program Bintulu Port Prihatin.

Sumbangan berupa ubat gigi, sabun mandi dan syampu itu bertujuan membantu memenuhi keperluan asas serta menjaga kebersihan diri penghuni pusat berkenaan.

Maslihah menyampaikan cenderamata kepada Zakaria.

Sumbangan disampaikan Pengurus Besar Kumpulan, Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh kepada Pengarah PKB, Zakaria Mat Jusoh pada majlis penyerahan semalam.

Dalam kenyataannya, BPHB berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan yang berada dalam institusi koreksional.

Selain bantuan keperluan asas, BPHB turut menyokong pembangunan kemahiran dan kreativiti penghuni PKB dengan membeli hasil kerja tangan berupa produk tenunan dihasilkan mereka.

Pendekatan perusahaan sosial itu bukan sahaja menghargai kreativiti penghuni, malah membantu memberi nilai ekonomi kepada hasil kerja mereka.

BPHB berkata, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) perlu melangkaui pemberian bantuan material dengan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa potensi, kemahiran dan keyakinan golongan yang memerlukan sokongan masyarakat.

Kerjasama antara BPHB dengan pihak PKB juga dilihat mampu membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

Sehubungan itu, BPHB akan terus menjadikan program Bintulu Port Prihatin sebagai platform untuk membantu golongan memerlukan serta menyokong pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peminta Sarawak, Sabah semampai diperati

KUALA LUMPUR: Sepenyampau RM94.8 juta udah dikemendar ungkup pemansang Parlimen Selangau sepanjai timpuh dua taun nyengkaum sektor besai baka infrastruktur enggau pelajar. Menteri ba Opis

ADAM AI meri akses ngagai penerang

KUCHING: Perintah Sarawak ngena ADAM AI ke kaling pemintar digaga (AI) kelebih agi mantu orang gawa perintah akses penerang perintah, ngaga analisis polisi enggau nyendiaka