Trending

Waspada penyamar polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DALAT: Waspada dengan taktik pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai polis bagi tujuan jenayah seperti menipu, peras ugut dan mengutip wang.

Menurut Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat, nasihat itu susulan terdapat khabar angin yang mengatakan terdapat individu yang menyamar sebagai polis.

“Jika ada individu mengaku sebagai anggota polis, mereka akan memiliki satu kad kuasa yang memaparkan maklumat penuh pegawai berkenaan.

“Jika pegawai pangkat rendah, kad kuasa mereka berwarna kuning manakala bagi Kad kuasa pegawai kanan berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika meragui status mana-mana individu yang mendakwa dirinya polis.

“Catatkan nombor plat kereta dan motosikal yang digunakan oleh individu terbabit untuk memudahkan kita membuat siasatan identiti,” ujarnya.

Seseorang boleh didakwa kerana menyamar sebagai penjawat awam di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru