ARTIKEL

Rosey (duduk tiga kanan) merakam kenangan bersama Abang Johari (empat kiri) serta isteri, dan juga tetamu-tetamu kehormat lain sempena Majlis Rumah Terbuka anjuran Rosey di Taman Bumiko di sini hari ini.

Waspada, siap siaga hadapi musim kemarau, elak pembakaran terbuka – Rosey Yunus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu perlu berwaspada serta bersiap-siaga sepenuhnya bagi menghadapi musim kemarau.

Ahli DUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus, berkata langkah ini penting kerana apabila berlakunya musim kemarau, kawasan tersebut sering mengalami masalah kekurangan bekalan air.

Rosey ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka di kediamannya di sini hari ini.

“Di kawasan DUN Bekenu ini, terdapat sekitar 112 kampung dan juga rumah panjang, dan kedudukannya juga agak jauh dari jalan besar yang akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk mendapatkan akses kepada bekalan air.

“Justeru, dalam hal ini saya menjangkakan pihak bertanggungjawab akan melaksanakan catuan air.

“Namun begitu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat agar sentiasa menyediakan takungan air di rumah masing-masing untuk kegunaan harian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjurannya di Taman Bumiko di sini hari ini.

Majlis yang diadakan itu turut dihadiri Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Di samping itu katanya, masyarakat juga diingatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka sepanjang musim kemarau.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun ia hanya sekadar pembakaran sampah secara kecil-kecilan, ia masih tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan merebak serta menjadi lebih besar.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa teruja apabila mengetahui bahawa Gua Niah akan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Taman Geo Global Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Sebagai penduduk asal di kawasan ini, sesungguhnya saya berasa teruja apabila mendengar mengenai perkhabaran tersebut, dan saya mendoakan agar ia akan menjadi kenyataan.

“Kita tahu beberapa persiapan dan siri temu ramah atau temu duga telah dilaksanakan, dan kita berharap agar penghujungnya nanti akan berakhir dengan kejayaan.

“Ini kerana apabila kawasan kita sudah menjadi tapak warisan dunia, sudah semestinya ia akan lebih terjaga serta tidak akan terhapus, dan sekali gus menjadi satu titik sejarah dalam peta dunia suatu hari nanti,” ujarnya.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.