Watsons amalkan penjarakan sosial

KOTA SAMARAHAN: Watsons di Bandar Riyal dekat sini komited menjalankan langkah berjaga-jaga ketika penularan wabak Covid-19 kini.

Tinjauan Suara Sarawak kelmarin mendapati premis itu menjaga penjarakan sosial dalam kalangan pelanggan dengan hanya membenarkan lima pelanggan masuk untuk membeli barangan.

Selain itu, pelanggan juga diminta untuk terus beratur di luar atau kawasan pintu masuk Watsons berkenaan dengan berdiri di pita pelekat yang disediakan dengan jarak satu meter.

Saringan suhu juga dilakukan dipintu masuk Watsons tersebut dan ia menunjukkan keadaan yang baik untuk pelanggan berkunjung bagi mendapatkan keperluan masing-masing.

Sehubungan itu, penjarakan sosial bukan sahaja dilakukan di pintu utama, tetapi juga di kawasan kaunter pembayaran. Terdapat pensanitasi tangan juga disediakan di kawasan kaunter pembayaran tersebut dan membuktikan pihak mereka komited menjaga kebersihan dalam penularan wabak covid-19.

Apa yang lebih menarik ialah mereka memberikan keutamaan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan warga emas diminta untuk mengemukakan kad pengenalan sebagai bukti.

Orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan tersebut ingin membeli keperluan di Watsons Bandar Riyal tidak perlu risau tentang penjagaan kebersihan dan perkhidmatan yang telah disediakan.