ARTIKEL

Fatimah merakamkan gambar kenangan sempena Majlis Graduasi Latihan Kemahiran Vokasional Wanita Tahun 2026 di Dewan Wisma Wanita, di sini, hari ini.

WED Sarawak dijangka beroperasi awal 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Papan Pemuka Keusahawanan Wanita atau Women Entrepreneurship Dashboard (WED) Sarawak dijangka mula beroperasi menjelang awal tahun 2027 dengan pemasangan sistem disasarkan pada pertengahan Disember ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pemasangan fizikal WED juga akan dilaksanakan di Wisma Wanita, di sini.

“Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) sedang membangunkan WED menggunakan data daripada ekosistem Entrepreneur Database System (ENBASE).

“Sehingga September tahun ini, seramai 3,901 daripada 5,266 usahawan yang mendapat bimbingan JWKS bagi tempoh 2018 hingga 2026 telah didaftarkan dalam ENBASE, mewakili 74 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Latihan Kemahiran Vokasional Wanita Tahun 2026 di Dewan Wisma Wanita, di sini, semalam.

Dalam pada itu, tambahnya, WED diwujudkan bagi membangunkan pangkalan data usahawan wanita yang boleh digunakan dalam perancangan dan pemantauan program pemerkasaan ekonomi wanita di Sarawak.

“JWKS menyasarkan 90 peratus usahawan wanita di bawah bimbingannya mengakses dan didaftarkan dalam WED.

“Papan pemuka ini membolehkan data usahawan wanita dikumpul dan disusun secara lebih sistematik bagi menyokong perancangan serta pemantauan program pemerkasaan ekonomi wanita di Sarawak,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatimah memaklumkan WED merupakan platform digital bersepadu pertama di wilayah ini yang memfokuskan pembangunan dan kemajuan usahawan wanita.

Jelasnya lagi, ia dibangunkan bagi menghimpunkan maklumat berkaitan profil usahawan wanita dalam satu pangkalan data berpusat yang lebih sistematik dan komprehensif.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU