ARTIKEL

Wee menyampaikan pembentangan pada Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Dipacu Budaya dan Kreativiti 2025, di sini, hari ini. | Foto: UKAS

Wee tampilkan Kuching di Forum Antarabangsa Wuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WUHAN: Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng menampilkan Kuching sebagai kajian kes integrasi silang sektor budaya, pelancongan lestari dan pembangunan bandar yang mampu memacu pertumbuhan inklusif serta mampan.

Beliau berkata Kuching membuktikan kekuatan integrasi pelbagai sektor dengan gastronomi yang bukan sekadar makanan, sebaliknya menjadi pemacu mata pencarian, inovasi dan pelancongan.

Wee (kiri kedua) dalam pada Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Dipacu Budaya dan Kreativiti 2025, di sini, hari ini. | Foto: UKAS

“Manakala eko-pelancongan pula melindungi biodiversiti sambil mencipta peluang pekerjaan.

“Selain itu, dasar pembangunan semula bandar memperkukuh keterangkuman melalui ruang awam diperbaharui serta rangka kerja mesra kanak-kanak dan warga emas.

Wee (duduk barisan hadapan, kiri keenam) bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan dalam Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Dipacu Budaya dan Kreativiti 2025, di sini, hari ini. | Foto: UKAS

“Kesemua inisiatif ini membentuk satu kitaran berdaya maju serta budaya menarik pelancongan, hasil pelancongan menyokong regenerasi, dan regenerasi pula memperkayakan pengalaman budaya dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan pada Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Dipacu Budaya dan Kreativiti 2025, di sini, hari ini.

Dalam pembentangan tersebut, beliau turut menyorot pencapaian Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pertama di Malaysia.

“Kuching juga diiktiraf sebagai Bandar Perpaduan, Bandar Kraf Dunia, serta penyertaan dalam inisiatif Bandar Sihat, Bandar Mesra Kanak-kanak dan Rangkaian Bandar Mesra Warga Emas WHO,” jelasnya.

Wee juga menekankan bahawa model pembangunan Kuching sejajar dengan Manifesto Braga mengenai Budaya dan Kelestarian, Agenda Mondiacult 2025, serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang meletakkan budaya sebagai teras perancangan pembangunan.

Dalam pada itu, forum berprestij itu dianjurkan oleh Sekretariat Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO, Biro Sumber Asli dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar Perbandaran Wuhan, serta Institut Perancangan dan Reka Bentuk Wuhan.

Forum ini menghimpunkan pemimpin bandar, pakar dan pembuat dasar dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik pembangunan bandar mampan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan