ARTIKEL

Gambar fail BERNAMA. Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan ketiga di Kejohanan Dunia 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, dipaksa bekerja keras sebelum menundukan pasangan adik-beradik itu, 21-15, 13-21, 21-19 dalam masa 65 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Adidas Arena.

Pasangan pilihan ketujuh itu akan bertemu beregu England, Ben Lane-Sean Vendy pada perlawanan seterusnya.

Lane-Vendy menempah tiket ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-18, 21-16. –BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU