ARTIKEL

Kredit: Emirates News Agency (WAM) Official Photos | BERNAMA

WGS 2024 syor kerjasama teknologi untuk hadapi cabaran, manfaat peluang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBAI: World Government Summit 2024 (WGS 2024) di sini menggesa kerajaan menangani isu-isu mendesak dan melakarkan hala tuju ke hadapan dalam landskap yang sentiasa berubah dan berkembang sekitar bidang kecerdasan buatan (AI).

Menteri Hal Ehwal Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Pengerusi WGS 2024, Mohammad Abdullah Al Gergawi, menekankan potensi transformasi AI dengan menyatakan unjuran bahawa ia boleh mengautomasikan sehingga 70 peratus tugas merentas pelbagai sektor selain merevolusikan produktiviti.

Bagaimanapun, beliau juga memberi amaran mengenai penyebaran kandungan palsu, yang beliau gambarkan sebagai “pedang bermata dua” yang merosakkan kepercayaan dan memutarbelitkan fakta.

“Penyebaran maklumat media palsu merupakan satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi manusia,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada Isnin selain menekankan kepentingan melindungi kebenaran daripada putar belit untuk mengekalkan keyakinan dalam institusi dan individu sama.

Merujuk kepada beberapa dekad yang lalu, Mohammad Abdullah berkata bahawa beliau mengakui impak positif integrasi ekonomi global, yang telah mengeluarkan berbilion-bilion penduduk dunia daripada kemiskinan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, beliau turut menunjukkan risiko yang berkaitan dengan penurunannya, merujuk anggaran daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mencadangkan potensi kerugian 7 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global disebabkan peningkatan perlindungan dan sekatan perdagangan.

Bercakap mengenai WGS 2023, menteri itu menegaskan bahawa peserta sidang kemuncak membincangkan kepentingan melihat globalisasi sebagai pemacu pembangunan dan nilai ekonomi bukannya ancaman kepada kepentingan nasional.

Bekerjasama dan menggalakkan komunikasi budaya dikenal pasti sebagai strategi penting untuk mengurangkan perpecahan ekonomi dan mendorong kemakmuran bersama.

“Kita boleh mencapai banyak melalui himpunan ini,” menurut menteri selain menyatakan harapannya bahawa persidangan itu akan memacu keutamaan dan pilihan baharu, mengalihkan perhatian kepada mencipta peluang untuk faedah manusia secara keseluruhan.

Dengan tema “Shaping Future Governments”, WGS tahun ini memberi tumpuan kepada enam tema dan menganjurkan 15 forum global yang akan meneroka strategi masa depan dan transformasi utama dalam sektor-sektor utama merentas 110 dialog interaktif.

Lebih 200 penceramah terkemuka, termasuk presiden, menteri dan pemikir akan berkongsi pandangan mereka bersama 23 mesyuarat menteri dan sesi eksekutif yang menyambut lebih 300 menteri. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha