ARTIKEL

WHO beri amaran, Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus melahirkan kebimbangan pada Selasa, kemungkinan pencerobohan darat Israel ke atas bandar Rafah, selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang Israel-Palestin.


“Pencerobohan berskala penuh ke atas Rafah akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Kami merayu kepada Israel supaya tidak meneruskannya,” kata Tedros, lapor Agensi Anadolu.

“Kami menggesa semua pihak berusaha melakukan gencatan senjata dan keamanan berkekalan.”

Kenyataan beliau dibuat selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar pada Selasa mahu menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan berlaku perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Netanyahu berkata, tentera Israel akan memasuki Rafah untuk memusnahkan batalion Hamas di sana “dengan atau tanpa perjanjian.”

Kenyataan beliau dibuat di tengah-tengah laporan cadangan gencatan senjata baharu yang dibincangkan oleh Hamas dengan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza.

Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hamas Palestin pada 7 Oktober lepas.

Lebih 34,500 warga Palestin terbunuh kebanyakan wanita dan kanak-kanak dan ribuan yang lain cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan yang teruk.

Serangan lebih enam bulan itu menyaksikan sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut PBB.

Rejim itu dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). 

Keputusan interim pada Januari lepas mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

– Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha