ARTIKEL

Wilfred Yap Yau Sin.

Wilfred Yap Seru Rakyat Sarawak Kekalkan Perpaduan, Sokong GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua lapisan masyarakat perlu mengetepikan perbezaan dan terus bersatu menyokong kerajaan yang stabil serta diterajui rakyat Sarawak bagi memastikan pelaksanaan dasar dan program pembangunan dapat diteruskan demi manfaat negeri ini.

Pengerusi Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, rakyat Sarawak perlu terus mengekalkan perpaduan dan memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), sambil menegaskan bahawa masa depan Sarawak harus dibentuk dan ditentukan oleh rakyat negeri ini sendiri.

Katanya kepimpinan tempatan yang kukuh serta tadbir urus berkesan amat penting dalam melindungi hak, kepentingan dan keutamaan pembangunan negeri.

“Kekuatan kita terletak pada perpaduan dan komitmen bersama terhadap Sarawak. Kita mungkin datang daripada latar belakang dan komuniti yang berbeza, namun kita berkongsi negeri yang sama serta satu masa depan bersama.

“Marilah kita berdiri teguh sebagai anak Sarawak, mempertahankan hak kita dan terus berusaha ke arah Sarawak yang lebih kukuh, makmur dan progresif. Melalui GPS, kita dapat memastikan masa depan Sarawak kekal di tangan rakyat Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, Yap yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa berkata GPS merupakan gabungan politik berteraskan Sarawak yang memahami keadaan unik wilayah itu dan komited membawa pembangunan serta peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau lokasi geografi.

Tambahnya, kekuatan GPS terletak pada pendekatan tadbir urus yang inklusif, dengan pembangunan dan dasar awam dirangka bagi memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

Beliau turut menegaskan bahawa keberkesanan sesebuah kerajaan tidak seharusnya dinilai berdasarkan retorik politik atau janji pilihan raya semata-mata, sebaliknya melalui keupayaannya menangani kebimbangan rakyat dan melaksanakan penambahbaikan yang memberi kesan nyata terhadap kehidupan seharian mereka.

BERITA LAIN

PYFCT 2025: Pemain SYFA B-14 Tetap Hebat

KOTA SAMARAHAN: Penampilan pemain muda bawah 14 tahun pasukan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA B-14) dalam Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petrona 2026 yang

BERITA TERBARU

PYFCT 2025: Pemain SYFA B-14 Tetap Hebat

KOTA SAMARAHAN: Penampilan pemain muda bawah 14 tahun pasukan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA B-14) dalam Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petrona 2026 yang