ARTIKEL

MANTAP …Barisan Ahli Lembaga Pengarah AZAM bagi sesi 2024 hingga 2026.

William Patrick terajui Azam Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Datuk William Patrick Nyigor dipilih menerajui Azam Sarawak dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-41 organisasi itu yang berlangsung di sini, hari ini.

Beliau menyandang jawatan sebagai pengerusi Azam selama tempoh dua tahun bagi penggal 2024 hingga 2026.

Timbalan pengerusi disandang Ariff Irwani Azahari, Setiausaha Kehormat, Prof Madya T.s Dr Margaret Chan Kit Yok, manakala Bendahari Kehormat, Datuk William Wei How Song.

Dalam pada itu, tujuh Ahli Lembaga Pengarah yang turut disenaraikan ialah Sharkawi Yassin, Norjannah Razali, Khairool Adzelan, Alice Wee Siok Lan, Charles Siaw, Fairul Azli Banchit, Ahmad Zaiwin Mohd Kassim.

Proses pilihan tertakluk pada peraturan dan perlembagaan Azam Sarawak serta menggunakan kaedah pengundian terus tanpa prejudis. Ia memutuskan hala tuju baharu berdasarkan Pemukiman Perancangan Strategik Azam yang diadakan dari 4 hingga 6 Julai tahun ini.

Mereka yang terpilih dijangka membawa perspektif dan tenaga baharu untuk memajukan matlamat dan objektif Azam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Komunikasi Cliff Nathaniel AZAM di talian 019-4596976 atau layari media sosial Azam Sarawak untuk pelbagai aktiviti dan maklumat perkembangan terkini di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU