ARTIKEL

Willie bawa aduan liputan internet Puncak Borneo kepada MCMC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penduduk di kawasan Parlimen Puncak Borneo diminta menyalurkan maklumat berkaitan masalah liputan telekomunikasi dan capaian internet bagi membantu usaha menambah baik perkhidmatan di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berkata maklumat itu akan dibentangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Komunikasi dalam perjumpaan pada 13 Oktober ini.

“Antara perkara yang akan dibangkitkan ialah cadangan lokasi baharu pembinaan menara telekomunikasi, khususnya di kawasan yang masih mengalami masalah liputan dan capaian internet.

“Selain itu, isu berkaitan kualiti perkhidmatan (QoS) dan pengalaman pengguna (QoE) turut diberi perhatian, termasuk liputan rangkaian tidak stabil, kelajuan internet perlahan dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Sehubungan itu, Willie meminta kerjasama semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta penduduk di kawasan Parlimen Puncak Borneo untuk menyalurkan aduan dan maklumat terperinci mengenai masalah berkenaan.

Jelasnya, maklumat yang diperlukan termasuk nama kampung atau lokasi yang terlibat, jenis masalah rangkaian yang dihadapi serta kawasan yang memerlukan pembinaan menara telekomunikasi baharu atau penambahbaikan liputan.

Kata Willie lagi, semua maklumat perlu dikemukakan sebelum pukul 8 pagi, 13 Oktober ini, bagi membolehkan isu yang dibangkitkan disusun dan dibentangkan kepada MCMC serta Kementerian Komunikasi untuk perhatian dan tindakan susulan.

Justeru, beliau berharap kerjasama KMKK dan penduduk dapat membantu memastikan masalah liputan telekomunikasi di kawasan Parlimen Puncak Borneo dikenal pasti dengan lebih tepat, sekali gus membolehkan penambahbaikan perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan keperluan penduduk.

Orang ramai boleh mengisi maklumat melalui Google Form di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe3LfHrluRW3

BERITA LAIN

BERITA TERBARU