ARTIKEL

Abang Johari merasmikan bangunan pendidikan Wisma Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Agape di Sibu, hari ini.

Wisma Juma’ani dirasmi, abadikan jasa Almarhumah di Pusat Agape

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penamaan bangunan baharu Persatuan Autisme Sibu sempena nama Almarhumah isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, sebagai satu penghormatan besar atas sumbangannya kepada masyarakat, khususnya kanak-kanak berkeperluan khas.

Menurutnya, penghargaan itu amat bermakna kepada beliau dan keluarganya kerana Almarhumah mempunyai hubungan rapat dengan kerja kebajikan sepanjang hayatnya.

Abang Johari berucap pada majlis perasmian bangunan pendidikan Wisma Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Agape di Sibu, hari ini.

“Ini satu penghormatan kepada keluarga kami, khususnya kepada saya secara peribadi, apabila salah sebuah bangunan ini dinamakan sempena isteri saya.

“Saya amat menghargainya kerana ia mengenang apa yang telah beliau lakukan, khususnya kepada masyarakat,” katanya pada majlis perasmian bangunan pendidikan Wisma Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Agape di sini, hari ini.

Menurutnya, keprihatinan Almarhumah terhadap kanak-kanak berkeperluan khas mendorongnya terlibat secara langsung dalam usaha menyediakan sokongan agar golongan itu dapat menjalani kehidupan yang lebih baik apabila dewasa.

Katanya, Almarhumah turut menjadi antara penggerak usaha berkaitan pusat autisme di Kuching dan menganggap kanak-kanak yang dibantu seperti anak sendiri.

“Beliau sangat bersedih melihat kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan sokongan dan berharap mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang lain apabila dewasa,” katanya.

Tambah beliau, penglibatan Almarhumah dalam kerja kebajikan turut berkembang menerusi Persatuan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI), termasuk mengumpul sumbangan untuk membiayai program kemasyarakatan.

“Penamaan bangunan ini mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana Almarhumah pernah membesar di bandar ini.

“Ia terutama selama 20 tahun pusat ini menjadi institusi berasaskan komuniti yang penting dengan menghimpunkan organisasi yang mempunyai tanggungjawab dan kepakaran berbeza.

“Keistimewaannya ialah semua organisasi ini bergerak dengan satu matlamat bersama, iaitu meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Pusat Agape yang ditubuhkan pada 2006 kini genap 20 tahun dan menghimpunkan lima organisasi di bawah satu bumbung bagi menyediakan sokongan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya serta keluarga yang memerlukan.

Lima organisasi itu ialah Persatuan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Sibu, Pusat Penjagaan Methodist, Persatuan Autisme Sibu, Sukan Olimpik Khas Sarawak (Cawangan Sibu) dan Klinik Kanak-Kanak Memorial Lau King Howe.

Bangunan baharu itu pula menyediakan tambahan bilik darjah, ruang terapi serta persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dan keluarga mendapat manfaat daripada intervensi autisme serta pendidikan khusus.

BERITA LAIN

Pemuliharaan marin bukan penghalang pembangunan

BINTULU: Pembangunan pesat sektor perindustrian di Bintulu perlu diseimbangkan dengan usaha pemuliharaan ekosistem marin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Sarawak tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar, khususnya

BERITA TERBARU

Pemuliharaan marin bukan penghalang pembangunan

BINTULU: Pembangunan pesat sektor perindustrian di Bintulu perlu diseimbangkan dengan usaha pemuliharaan ekosistem marin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Sarawak tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar, khususnya