ARTIKEL

Datuk Sri Wong Soon Koh ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Cuti Umum (Pindaan) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan operasi perniagaan serta jadual kerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Sri Wong Soon Koh berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan peruntukan cuti gantian di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Cuti Umum (Pindaan) 2026 dilaksanakan secara konsisten.

Menurutnya, RUU itu memperuntukkan bahawa sekiranya cuti umum jatuh pada Ahad, hari Isnin berikutnya dijadikan cuti umum gantian.

Bagaimanapun, beliau meminta penjelasan mengenai mekanisme yang terpakai sekiranya hari Isnin berkenaan turut menjadi cuti umum, termasuk keadaan apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU berkenaan pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Selain itu, Wong turut meminta penjelasan mengenai cadangan pemansuhan Jadual Kedua dan pengekalan hanya satu jadual dalam ordinan berkenaan.

Beliau memahami langkah itu bertujuan mempermudah undang-undang sedia ada, namun mahu kerajaan mengesahkan bahawa perubahan tersebut tidak menjejaskan cuti umum yang telah ditetapkan atau hak pekerja di bawah undang-undang.

Wong turut membangkitkan peruntukan yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, untuk meminda jadual cuti umum melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan.

Katanya, sebarang perubahan perlu diumumkan lebih awal bagi membolehkan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyelaraskan jadual kerja, pengurusan kakitangan dan pembayaran gaji.

Pada masa sama, beliau menegaskan pekerja perlu mendapat maklumat yang jelas mengenai kelayakan cuti masing-masing bagi mengelakkan ketidakpastian dalam pelaksanaan peruntukan baharu.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat menjelaskan implikasi pemansuhan Jadual Kedua, memastikan mekanisme cuti gantian dilaksanakan secara konsisten serta menetapkan tempoh notis yang mencukupi bagi sebarang perubahan jadual cuti umum.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU