ARTIKEL

Sebahagian peserta menunjukkan kemahiran mereka dalam pertandingan akhir WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 (WSM-Sarawak 2025.

WSM-Sarawak 2025 masuki fasa penentu perebutan Anugerah Tangan Emas Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan akhir WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 (WSM-Sarawak 2025) kini memasuki fasa penentu apabila saingan sengit melibatkan 89 finalis terbaik dari seluruh Sarawak semakin memuncak menjelang penganugerahan Anugerah Tangan Emas Premier Sarawak 2025.

Pertandingan dwitahunan berprestij itu menyaksikan penyertaan finalis daripada institusi kemahiran dan pendidikan seluruh negeri sekali gus terus mengukuhkan kedudukan WSM-Sarawak sebagai platform utama pembangunan bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sarawak.

Sebahagian peserta menunjukkan kemahiran mereka dalam pertandingan akhir WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 (WSM-Sarawak 2025.

WSM-Sarawak 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak dan berlangsung dari 4 hingga 14 Disember ini.

Menariknya, pertandingan tahun ini diadakan serentak di 10 lokasi utama, iaitu CENTEXS, Sarawak Skills, AWISAR, Swinburne University of Technology Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), UCSI University Sarawak, ADTEC Miri, IKM Kuching, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak serta GiatMARA Petrajaya.

Sebahagian peserta menunjukkan kemahiran mereka dalam pertandingan akhir WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 (WSM-Sarawak 2025.

Seramai 89 finalis terpilih daripada 274 peserta peringkat prakelayakan berentap dalam 15 bidang kemahiran, dengan setiap peserta diuji melalui tugasan teknikal yang intensif dan berpiawaian tinggi bagi menentukan juara sebenar peringkat negeri.

Kemuncak pertandingan akan berlangsung pada Majlis Anugerah Tangan Emas Premier Sarawak 2025 yang dijadualkan pada 15 Disember 2025 bertempat di CIDB Convention Centre Sarawak, yang bakal mengiktiraf peserta terbaik keseluruhan pertandingan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU