ARTIKEL

MAHRA bergambar kenangan bersama-sama wakil agensi seusai Mesyuarat Persiapan Menghadapi Musim Panas Siri Satu di sini, semalam. Foto. JaPen

Wujudkan mekanisme pelaporan, maklum balas lapangan berpusat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Wujudkan mekanisme pelaporan dan maklum balas lapangan yang berpusat bagi memastikan tindakan segera diambil berkaitan kebakaran hutan, jerebu dan gangguan bekalan air.

Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh berkata, interaksi berterusan antara agensi merupakan faktor utama dalam memastikan pengurusan bencana yang berkesan dan menyeluruh.

Menurutnya, bencana tidak mengenal sempadan fungsi jabatan.

Sehubungan itu, pendekatan pengurusan bencana perlu bersifat holistik dengan kerjasama pelbagai agensi yang meliputi pengesanan awal, tindak balas kecemasan dan pemulihan.

“Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu mekanisme pelaporan dan maklum balas lapangan yang berpusat, termasuk penggunaan aplikasi komunikasi pantas serta bilik gerakan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil berdasarkan maklumat semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Menghadapi Musim Panas Siri Satu di sini, semalam.

Jelasnya, beliau tidak mahu komunikasi hanya berlaku di dalam bilik mesyuarat.

Beliau turut menekankan penggunaan teknologi terkini sebagai pemacu kepada tindak balas pantas bencana, antaranya sistem pemantauan kualiti udara (API), sistem penilaian risiko kebakaran, penggunaan dron serta data ramalan cuaca daripada MET Malaysia dan NADMA.

Mahra yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman menyatakan, mesyuarat bertujuan menyelaras peranan dan tanggungjawab semua agensi agar pelan tindakan kecemasan dapat digerakkan dengan pantas dan berkesan

“Sekarang musim panas dan beberapa kawasan berisiko tinggi dikenal pasti. Mesyuarat ini amat penting bagi memastikan semua pihak bersedia dan pelan tindakan yang jelas dapat dilaksanakan segera jika berlaku bencana.

“Saya juga menggesa agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di Sri Aman, Lubok Antu, Lingga dan Pantu mengadakan mesyuarat khas serta mempergiat pemantauan di kawasan ladang, kebun dan tanah gambut yang mudah terbakar,” tambahnya.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya