ARTIKEL

Wujudkan peraturan khas pilihan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khas bagi pelaksanaan pilihan raya yang bakal diadakan di Sarawak pada masa akan datang. Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia untuk mengelakkan kejadian yang berlaku di Sabah akan berulang di negeri ini.

“Saya berpendapat bahawa apa yang berlaku di Sabah pada pilihan raya lalu, ekoran tindakan SPR yang tidak menitikberatkan pengamalan garis panduan dalam kalangan pengundi.

“Bagi saya pihak SPR boleh mencadangkan cara lain yang lebih sesuai. Contohnya dengan mengadakan proses pengundian secara pos atau lain-lain bagi memudahkan proses pilihan raya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Bangunan Baitulmakmur di sini baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu mungkin sesuai dilaksanakan pada tempoh ini, sejajar kejayaan proses tersebut yang dilakukan di negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.

“Dengan dunia yang semakin maju, saya yakin masyarakat mampu melakukannya dengan baik sesuai dengan kandungan yang terdapat dalam sistem yang disediakan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai tarikh tetap pelaksanaan pilihan raya pada kali ini, beliau menjelaskan bahawa ia bergantung kepada keputusan Ketua Menteri untuk menetapkan proses tersebut.

“Pada awalnya, Ketua Menteri merancang untuk tidak melaksanakannya pada awal tahun ini.

“Bagaimanapun, dengan lonjakan kes Covid-19 yang berlaku kita masih mampu untuk mempertimbangkannya,” katanya lagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU