ARTIKEL

DISAMBUT MERIAH… Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii, disambut meriah sebaik tiba pada Majlis Penutupan Kejohanan Wushu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Zon Tengah Sarawak di Sarikei.

Wushu bentuk disiplin dan jati diri generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii, mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Persatuan Wushu sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan sukan serta memastikan seni warisan tersebut terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Beliau berharap sumbangan itu dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti tahunan persatuan, selain menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet muda yang berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Wushu bukan sahaja seni mempertahankan diri yang mempunyai sejarah panjang, malah turut mengandungi nilai falsafah, disiplin dan budaya yang wajar dipelihara serta diwariskan kepada generasi seterusnya,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Wushu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Zon Tengah Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau berkata penglibatan dalam wushu mampu membantu golongan muda membentuk keseimbangan fizikal dan mental menerusi latihan yang menekankan aspek kesabaran, tumpuan, kawalan diri serta penghormatan terhadap jurulatih dan rakan seperjuangan.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih banyak sekolah di Zon Tengah Sarawak menjadikan wushu sebagai antara pilihan aktiviti kokurikulum bagi membuka peluang lebih luas kepada pelajar mengenali, mempelajari dan menghayati seni warisan tersebut sejak usia muda.

Katanya, kemenangan dan kutipan pingat bukan satu-satunya ukuran kejayaan kerana setiap penyertaan memberi pengalaman berharga yang mampu membentuk keyakinan diri, ketahanan mental serta semangat untuk terus memperbaiki pencapaian pada masa akan datang.

“Bagi saya, kejayaan penganjuran kejohanan ini membuktikan komitmen semua pihak dalam menyediakan platform kepada atlet muda, sama ada dari sekolah di kawasan bandar atau luar bandar.

“Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang memberikan persembahan terbaik, khususnya kepada mereka yang berjaya meraih pingat. Kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa kerana setiap pertandingan adalah ruang untuk belajar serta memperbaiki kelemahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan di Sarawak, termasuk usaha memastikan golongan muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang sukan yang lebih baik.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU