ISTANBUL: Platform media sosial X dilaporkan mengalami gangguan pada Selasa yang menjejaskan ribuan penggunanya di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com.
Data menunjukkan pengguna X milik Elon Musk, berdepan masalah dengan platform itu antara 1118GMT hingga 1218GMT (7.18 malam hingga 8.18 malam waktu Malaysia), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gangguan itu berlaku susulan isu teknikal di Cloudflare.
Sehingga kini, lebih 1,000 aduan telah dilaporkan oleh pengguna.
Setakat ini, syarikat berkenaan belum mengeluarkan sebarang maklum balas atau kenyataan. – BERNAMA-ANADOLU

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


