ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Presiden China, Xi Jinping (kiri) menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman mengenai Penterjemahan dan Penerbitan Karya Klasik, yang diwakili oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (dua, kanan) dan Presiden merangkap Ketua Pengarang Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong (dua, kiri) di Kompleks Seri Perdana. | Bernama

Xi kemuka tiga cadangan perkukuh perkongsian strategik dengan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden China Xi Jinping mengemukakan tiga cadangan utama bagi membina komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama peringkat tinggi yang strategik ketika mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Rabu.

Menurut kenyataan di laman sesawang Kementerian Luar China, cadangan pertama Xi ialah agar kedua-dua negara mengekalkan kemerdekaan strategik dan melaksanakan penyelarasan strategik peringkat tinggi.

“Kedua-dua China dan Malaysia merupakan negara berdikari yang menentang campur tangan luar.

Kedua-dua negara perlu terus mengekalkan laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan masing-masing, saling menyokong dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan, serta menentukan masa depan dan nasib mereka sendiri,” menurut kenyataan itu.

Cadangan kedua memberi tumpuan kepada usaha bersama untuk pembangunan dan menjadikan kerjasama berkualiti tinggi sebagai penanda aras.

Xi berkata China komited memajukan pemodenan negaranya melalui pembangunan berkualiti tinggi, yang amat selaras dengan inisiatif Ekonomi MADANI Malaysia.

Beliau menggesa kedua-dua negara bekerjasama memperluas kerjasama dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi biru, kecerdasan buatan dan bidang baharu lain, serta memperkukuh pembangunan bersepadu rantaian industri, rantaian bekalan, rantaian nilai, rantaian data dan rantaian bakat.

“Penting untuk mendorong transformasi dan penaiktarafan kerjasama dalam bidang tradisional, serta menggalakkan pelaburan dua hala.

“Kedua-dua negara juga perlu memajukan pengangkutan antara mod rel-laut, menaik taraf ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ dan menjadikan pelabuhan utama Malaysia sebagai hab penting dalam Koridor Perdagangan Baharu Darat-Laut Antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Xi turut mencadangkan agar China dan Malaysia meneruskan persahabatan merentasi generasi, selain memperdalam pertukaran antara tamadun dan pembelajaran bersama.

Beliau berkata setelah menandatangani perjanjian pengecualian visa secara timbal balik, kedua-dua pihak harus merebut peluang untuk meningkatkan pelancongan, pertukaran belia dan wilayah, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan, sukan, perfileman, media dan lain-lain, bagi mempererat hubungan antara rakyat dan memperbaharui persahabatan tradisional.

China juga bersedia meneruskan penyelidikan bersama dengan Malaysia berhubung pemuliharaan panda gergasi, katanya.

Xi sedang dalam rangka lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia mulai Selasa atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. — Bernama

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke