KUCHING: Kredibiliti skuad Kuching City FC di pentas Liga Malaysia (Liga Super 2023) terus mencuri tumpuan.
Lantas berjaya menarik minat pelbagai pihak dalam menjadikan skuad terbabit sebagai rakan strategik.
Terbaharu, satu lagi syarikat yang juga pelopor kad sim prabayar iaitu XOX menjadi rakan strategik baharu The City Boys musim ini.
Semalam, berlangsung majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di pejabat Kuching City.
Kuching City FC diwakili pengerusi, Fazzrudin Abdul Rahman. Sambil XOX diwakili Ketua Pegawai Jualan Tan Tai Liang.
Kerjasama terjalin antara kedua-dua pihak terbabit lebih kepada usaha mempromosikan pasca bayar ONE XOX Black Edition Kuching City FC dengan reka bentuk yang menarik, memaparkan wajah-wajah pemain Kuching City FC pada setiap kad sim.
Apa yang pasti, tanpa sokongan padu daripada peminat setia Kuching City FC dan penduduk Sarawak selama ini, pastinya sukar untuk melangkah sejauh ini.
Justeru, kerjasama ini merupakan satu inisiatif baharu dalam usaha Kuching City FC bagi mempelbagaikan pilihan buat peminat setia bola sepak bukan sahaja di Kuching malahan di seluruh Sarawak.




