ARTIKEL

Gembira.. Zaarah Suhaili (kanan) menerima Infaq Beras yang disampaikan oleh Maliah Adenan (Pegawai Projek Sosioekonomi

YAKIN Santuni Asnaf Sepanjang Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) giat melaksanakan Projek Infaq Beras Ramadan yang dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Sosioekonomi yayasan berkenaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Projek tersebut bertujuan menggalakkan para penyumbang untuk memberikan sumbangan beras kepada golongan sasar dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya mereka yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut Pegawai Projek Sosioekonomi YAKIN, Maliah Adenan, projek berkenaan dijangka menerima sambutan daripada sekurang-kurangnya 12 penderma yang akan bersama-sama menjayakan inisiatif kebajikan itu.

Beliau berkata, jumlah penerima manfaat yang dikenal pasti adalah seramai 30 orang, terdiri daripada ibu tunggal serta keluarga daripada kategori B40 yang berdepan dengan pelbagai isu sosioekonomi.

“Projek Infaq ini bukan sahaja membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan, malah memberi rasa kasih sayang kepada golongan yang memerlukan, selain memupuk sikap prihatin dan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan beras kepada penerima.

Tambah beliau, inisiatif tersebut diharap dapat mengeratkan hubungan antara penyumbang dan penerima di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.

Sementara itu, YAKIN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membasmi kemiskinan terus komited melaksanakan pelbagai program berbentuk kebajikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Selain Projek Infaq Beras Ramadan, YAKIN turut melaksanakan program lain seperti Projek Infaq Pakaian Raya dan program Berkongsi Juadah yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Orang ramai yang berminat untuk memberi sokongan atau menyumbang kepada program-program berkenaan boleh menghubungi Parseh Kahar di talian 011-21865622 sebelum 17 Mac 2026 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU