ARTIKEL

YAPEIM hulur bantuan RM60,000 kepada mangsa banjir di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seramai 200 mangsa banjir di daerah Serian, Sarawak, menerima bantuan berjumlah RM60,000 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi program Ziarah Madani YAPEIM..

Bantuan berupa RM200 tunai dan set Foodbank bernilai RM100 setiap seorang telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Tuan Abdul Khudus Mohd Naaim di Dewan Kampung Hulu Serian.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban para mangsa banjir, terutama mereka yang kehilangan harta benda akibat bencana ini,” katanya.

Ini merupakan serahan bantuan pertama sejak bencana banjir melanda Sarawak minggu lalu.

Selain Serian, beberapa daerah lain turut terjejas termasuk Miri, Bintulu, Sibu, Samarahan dan Mukah.

“YAPEIM sedang mengenal pasti kawasan lain di Sarawak yang memerlukan bantuan bagi memastikan lebih ramai mangsa banjir mendapat sokongan yang diperlukan,” tambahnya.

Untuk rekod, sepanjang 2024, YAPEIM telah menyalurkan hampir RM400,000 kepada lebih 6,000 penerima manfaat di Sarawak.

Sejak penubuhannya pada 1985 hingga 2024, yayasan itu telah mengagihkan kira-kira RM710 juta kepada hampir 10 juta penerima manfaat di seluruh negara.

“Sebagai organisasi yang komited terhadap kebajikan masyarakat, YAPEIM akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama dalam situasi bencana seperti ini,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan