ARTIKEL

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. | Bernama

Zahid akan bertemu ADUN UMNO Negeri Sembilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan daripada parti itu berhubung kedudukan mereka dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perkara berkenaan dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam berhubung perkembangan isu politik serta pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

“Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa.

Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berhubung urusan adat,” katanya pada taklimat krisis bekalan global dan sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini, semalam.

Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.

Isnin lepas, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perkara itu susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU