ARTIKEL

Zahid Hamidi puji semangat juang Pang Ron-Su Yin dalam final kejohanan Masters China 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat juang luar biasa yang dipamerkan pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada aksi final kejohanan Masters China 2024 semalam.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Ahmad Zahid berkata walaupun mereka tewas kepada gandingan nombor dua dunia dari China, kedua-dua pemain badminton negara itu menampilkan aksi yang memukau dan mendebarkan kepada penonton.

“Semangat juang dipamerkan mereka luar biasa. Kalah kali ini bukan penamat sebaliknya pembakar semangat untuk capai kejayaan lebih tinggi. Tahniah, anda telah membanggakan semua rakyat Malaysia! (Well done, you have made all Malaysians proud!),” katanya.

Pang Ron-Su Yin muncul naib juara kejohanan bertaraf Super 750 itu setelah tewas 23-21, 23-25, 16-21 kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam pertarungan selama 93 minit di Gimnasium Shenzhen.– BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU