ARTIKEL

Dr. Mohd Na'im (lima dari kiri) serta ketua delegasi di majlis penangguhan di World Zakat and Waqf di Kuching. (GHAZALI BUJANG)

Zakat dan Wakaf Strategi Ekonomi, Bukan Sekadar Kebajikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Zakat dan wakaf bukan sekadar amalan kebajikan, tetapi strategi pembangunan ekonomi dan sosial yang mampu mengembalikan kegemilangan tamadun Islam di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa dua institusi ini merupakan enjin ketamadunan dalam membentuk masyarakat Islam yang makmur sejak zaman silam.

“Zakat sebagai mekanisme agihan semula kekayaan dan pembersihan jiwa, manakala wakaf sebagai pemangkin manfaat berpanjangan serta penjaga maruah generasi mendatang.

“Apabila zakat dan wakaf berkembang, peradaban turut meningkat. Apabila ia terabai, masyarakat kehilangan arah dan kesejahteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd. Na’im Mokhtar, ketika menyempurnakan Majlis Penutupan World Zakat and Waqf Forum (WZWF) 14th Annual Meeting & International Conference 2025 di Hikmah Exchange, di sini.

Anwar berkata, kedua-dua institusi ini berpotensi memacu pendidikan, memperkukuh kesihatan, membina ketahanan iklim, menyediakan perumahan serta mendorong transformasi digital jika diurus secara strategik dan berinovasi.

Katanya, pendekatan baharu diperlukan bagi menjadikan zakat dan wakaf lebih lestari, telus serta berdaya saing, termasuk penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), rantaian blok (blockchain) dan platform digital bagi mengoptimumkan agihan serta meningkatkan kepercayaan masyarakat.

“Bayangkan aset wakaf diurus menggunakan blockchain untuk ketelusan menyeluruh, manakala zakat diagihkan melalui sistem pintar berasaskan AI bagi memastikan keberkesanan maksimum.

“Ini bukan lagi angan-angan, tetapi masa depan yang boleh dicapai jika kita berani,” jelas beliau.

Anwar turut menekankan bahawa visi tersebut selaras dengan gagasan Malaysia Madani, yang menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan nilai moral, keadilan dan kemanusiaan.

Beliau juga menyeru agar institusi zakat dan wakaf di seluruh dunia bersatu di bawah kerangka strategik global, demi memastikan kekayaan umat Islam dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama, bukan hanya dalam konteks kebajikan, tetapi sebagai landasan ekonomi berteraskan nilai dan keadilan sosial.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk