KUALA LUMPUR: Juara beregu campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2026, Low Zi Yu tetap memberi tumpuan kepada acara beregu wanita bersama Noraqilah Maisarah Ramdan.
Menurut Bernama, pemain berusia 15 tahun itu berkata beliau belum memikirkan peluang bergandingan dengan Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal pada kejohanan lebih tinggi. Sebaliknya, beliau mahu mengikut perancangan jurulatih.
Pada Ahad lalu, Zi Yu dan Ahmad Redzuan muncul juara BAJC selepas menewaskan pasangan China, Zheng Wei Gang-Li Meng Han 21-15, 22-20. Mereka menjadi pasangan beregu campuran kedua negara menjuarai kejohanan itu selepas Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei pada 2007
.
Selain gelaran beregu campuran, Zi Yu turut mara ke separuh akhir acara beregu wanita bersama Genevie Lim. Beliau kini mengalihkan fokus kepada Terbuka Taiwan 2026 bersama Noraqilah yang berlangsung dari 28 Julai hingga 2 Ogos ini.
Sementara itu, Ahmad Redzuan mengakui aksi final berlangsung sengit. Mereka bagaimanapun berjaya bangkit daripada ketinggalan 6-12 pada set kedua sebelum memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia.



