PENYANYI terkenal, Ziana Zain memaklumkan dia memilih berduet dengan “pendatang” baharu, Hasif Upin menerusi single berjudul Waktu.
Ujarnya, ia bagi memberi peluang dan ruang kepada bakat baharu dalam industri muzik tanah air.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, dia bersetuju berkolaborasi dengan Hasif yang juga penyanyi baharu dan pempengaruh TikTok kerana percaya bakatnya.
“Saya nampak bakat Hasif dari segi kualiti vokal dan kesungguhan menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.
“Ini juga salah satu sokongan saya sebagai artis berpengalaman untuk beri ruang dan peluang kepada bakat baharu untuk lebih dikenali ramai,” katanya memetik media tempatan.



