ARTIKEL

LAWAT... Hanifah bersama yang lain melawat reruai pameran yang disediakan sepanjang program itu.

Ziarah Mahabbah perkukuh hubungan MIS, masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pendekatan turun padang menerusi Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak (MIS) menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan antara institusi agama, agensi kerajaan dan masyarakat.

Hanifah (dua kiri) menyampaikan Al-Quran kepada penerima dalam Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 1448H/2026M Zon Tengah II – Mukah dan Kapit, hari ini.
Hanifah (dua kiri) menyampaikan Al-Quran kepada penerima dalam Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 1448H/2026M Zon Tengah II – Mukah dan Kapit, hari ini.

Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datuk Awang Suhaili Ledi berkata, inisiatif itu bukan sahaja mendekatkan institusi agama dengan masyarakat, malah membuka ruang kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk mendengar keperluan rakyat, memahami cabaran setempat serta menyampaikan perkhidmatan secara langsung.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 1448H/2026M Zon Tengah II – Mukah dan Kapit di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah.

Mengulas tema ‘Ummah Maju Makmur’, Awang Suhaili berkata, kemajuan ummah bukan hanya diukur berdasarkan pembangunan fizikal dan ekonomi, sebaliknya turut bergantung kepada kekuatan ilmu, akhlak, institusi kekeluargaan, kesihatan serta perpaduan masyarakat.

Katanya, ummah yang maju ialah masyarakat berilmu dan berkemahiran serta mampu menghadapi perubahan zaman, manakala ummah yang makmur pula hidup dalam suasana aman, saling menghormati dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

RAKAM KENANGAN… Hanifah merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis itu.

“Semangat saling membantu dan bekerjasama dalam melakukan kebajikan perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang dua hari program berlangsung, masyarakat berpeluang mengikuti pelbagai pengisian merangkumi aspek kerohanian, pendidikan, kekeluargaan, kesihatan, perundangan dan kemasyarakatan.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pesan Mufti, Bicara Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, pameran dan perkhidmatan agensi Islam, Mini Education Fair, program STEM-TRIZ, forum kekeluargaan, aktiviti kesihatan serta program pembangunan wanita.

Dalam pada itu, Awang Suhaili berharap setiap maklum balas daripada masyarakat direkodkan dan disalurkan kepada agensi berkaitan supaya pendekatan turun padang dapat terus menjadi mekanisme penyampaian perkhidmatan yang responsif dan memberi impak kepada rakyat.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan