ARTIKEL

Zii Jia kandas lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kempunan untuk mengakhiri musim ini dengan kejuaraan selepas terkandas pada saingan suku akhir Masters China 2023 di Shenzen semalam.

Pada aksi berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen, pemain di ranking ke-11 dunia itu tumpas mudah 11-21, 12-21 kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto dalam aksi 40 minit.

Meskipun tersingkir, Zii Jia berkata beliau berpuas hati dengan teknik pertahanan yang dilakukan selain mengakui perlu menambah baik bahagian serangannya.

“Serangan saya kurang menyengat pada perlawanan hari ini, tapi prestasi saya semakin baik.

“Ini adalah perlawanan terakhir dan saya rasa banyak perkara perlu dilakukan untuk memperbaiki persembahan saya.

Saya harap akan lebih konsisten tahun depan,” katanya menerusi rakaman audi dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Untuk rekod musim ini, pemain kelahiran Kedah itu berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Artik di Vantaa, Finland selain muncul naib juara Terbuka Denmark, Oktober lepas. – Bernama

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU