ARTIKEL

Lee Zii Jia

Zii Jia terkandas di separuh akhir Terbuka Kanada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk menjuarai Terbuka Kanada 2026 berakhir apabila tewas pada separuh akhir di Markham, Ontario, hari ini.

Zii Jia tewas kepada pemain Jepun, Riki Takei 13-21, 21-18, 18-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 70 minit di Markham Pan Am Centre.

Menurut Bernama, kekalahan itu merupakan yang pertama buat Zii Jia kepada Takei selepas menewaskannya pada Terbuka Australia 2026 bulan lalu.

Pemenang gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu masih memburu gelaran Jelajah Dunia pertama sejak kali terakhir muncul juara Terbuka Australia 2024.

TeamLZJ menerusi media sosial memaklumkan masih banyak perkara positif yang boleh diperkukuh sebagai persiapan menghadapi kejohanan akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU