SUKSAR IV 2026
BETONG: Kehebatan Zon Utara nyata sukar ditandingi apabila menutup pentas saingan dalam acara angkat berat dengan meraih 28 pingat keseluruhan, 15 emas, 10 perak dan 3 gangsa.
Mengatasi empat pesaing lain iaitu Zon Tengah dikedudukan kedua dengan 30 pingat keseluruhan, 7 emas, 13 perak dan 10 gangsa.
Zon Barat pula dikedudukan ketiga dengan 10 pingat keseluruhan, 2 emas dan 8 gangsa. Sambil, Zon Selatan dikedudukan keempat dengan 5 pingat keseluruhan, 2 perak dan 3 gangsa.
Sementara itu, dua kategori dilangsungkan hari terakhir di Dewan Panglima Rentap, Betong petang tadi menyaksikan penguasaan hebat atlet pilihan.
Kategori snatch wanita (77 kg), pingat emas menjadi milik Gwendolene Anak Andrew (Zon Utara/50kg).
Pingat perak dan gangsa masing-masing milik Missisipe Masala Gia Anak Mathew (Zon Tengah/38kg) dan Alayza Zulaika Zulfairus (Zon Selatan/20kg).
Kategori clean & jerk wanita (77kg), pingat emas sekali lagi menjadi milik Gwendolene Anak Andrew (Zon Utara/65kg).
Pingat perak dan gangsa juga masing-masing milik Missisipe Masala Gia Anak Mathew (Zon Tengah/56kg) dan Alayza Zulaika Zulfairus (Zon Selatan/30kg).
Bagi kategori snatch wanita (86kg), pingat emas menjadi milik Tesalonika Rose Sophia Dubau Anak Tugang (Zon Barat/56kg).
Pingat perak dan gangsa, dimenangi Mel Mellinie Mornie (Zon Utara/46kg) dan Juana Miley Dang Anak Jayan (Zon Utara/45kg).
Tesalonika Rose Sophia Dubau Anak Tugang (Zon Barat) terus mengekalkan kehebatannya apabila memenangi pingat emas kategori clean & jerk dengan angkatan terbaik dilakukannya (73kg).
Pingat perak milik Juana Miley Dang Anak Jayan (Zon Utara/58kg) dan Mel Mellinie Mornie dari Zon Utara memenangi pingat gangsa dengan angkatan terbaik dilakukannya (56kg).

