ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Abang Jamili (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama kakitangan HSL dan tetamu yang lain.

Pinjaman Maybank MyDeco biaya 120 peratus beli rumah Samariang Aman 3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) dan Maybank bekerjasama menawarkan program pinjaman Maybank MyDeco kepada pembeli rumah untuk projek Samariang Aman 3 (SA3) di Petra Jaya.

Pengarah Wilayah Maybank, Sarawak, Abang Jamili Abang Julai berkata, program berkenaan merupakan pembiayaan kewangan sehingga 120 peratus melibatkan rumah dan perbelanjaan reka bentuk dalaman.

BERCAKAP… Abang Jamili bercakap kepada pemberita ketika ditemui di lobi Bangunan Hock Seng Lee (HSL).

Katanya, kerjsama dengan pemaju yang memenangi anugerah seperti HSL untuk projek SA3 tersebut menunjukkan komitmen Maybank dalam menyediakan ekosistem pemilikan rumah yang lengkap dan holistik kepada pelanggan.

“Melangkaui pembiayaan rumah, kami komited membudayakan perkhidmatan kewangan dengan menawarkan belanjawan dan perancangan, perlindungan insurans serta takaful.

“Ia juga termasuk memudahkan dan membiayai pemasangan panel solar untuk memperkasakan pembeli dalam perjalanan pemilikan rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Bangunan Hock Seng Lee (HSL) hari ini.

Untuk rekod, Maybank MyDeco Financing membenarkan pembeli rumah tambahan pembiayaan 30 peratuS atas pembiayaan Maybank/Maybank Islamic Home sedia ada, tertakluk kepada RM250,000 bagi setiap kemudahan.

Mereka yang berminat melihat rumah pameran atau bakal pembeli boleh menempah janji temu dengan pasukan jualan HSL di talian 013-836 5566.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pembiayaan pinjaman boleh melayari pautan hsl.com.my atau https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/home/mydeco.page.

BERITA LAIN

Perkukuh hab perdagangan serantau

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai

Sarawak dijangka tarik pelaburan AS$1 bilion

BANGKOK: Sarawak dijangka menarik pelaburan mencecah AS$1 bilion atau kira-kira RM4.07 bilion menerusi pembangunan industri hiliran berasaskan gas sekali gus memperkukuh usaha negeri ini memaksimumkan

BERITA TERBARU

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Peresa dulu isi gambar, grafik AI

KUCHING: Penguna aplikasyen pemintar digaga (AI) dipinta meresa dulu isi gambar tauka grafik ti dipansutka teknologi nya sebedau ngena tauka ngerembai isi nya ba media